Kempen Klik Dengan Bijak

Sesetengah Perkara Tak Perlu Dikongsi Internet boleh digunakan berkongsi,tetapi bukan semua benda harus dikongsi.

Pembudayaan DKICT KPM

Rahsiakan Kata Laluan Anda.

Pembudayaan DKICT KPM

Sentiasa Amalkan Clear Desk Anda.

Pembudayaan DKICT KPM

Sentiasa Amalkan Clear Screen.

Pembudayaan DKICT KPM

Semua Peralatan Mudah Alih Adalah Atas Tanggungjawab Sendiri.

Monday, October 27, 2014

SISTEM RANGKAIAN & DUNIA INTERNET

Mengenal Rangkaian Komputer

SISTEM RANGKAIAN & DUNIA INTERNET, kssr, TMK, Tahun 5, latihan, soalan

1. Definisi rangkaian

Rangkaian komputer terdiri daripada dua atau lebih komputer yang dihubungkan untuk berkongsi sumber (seperti pencetak dan CD-ROM), berkongsi fail, dan membenarkan komunikasi secara elektronik. Komputer dalam rangkaian boleh dihubungkan melalui kabel, talian
telefon, gelombang radio, satelit, bluetooth dan cahaya inframerah.


2. Kebaikan menggunakan rangkaian


  • Berkongsi fail - perkongsian fail dalam rangkaian komputer memberikan kita lebih banyak manfaat dan kebaikan . Kita boleh menggunakan rangkaian untuk berkongsi salinan data penting kita pada komputer yang berbeza, contoh berkongsi gambar, fail muzik dan dokumen.

  • Berkongsi peranti – Di dalam rangkaian komputer peranti seperti pencetak laser, mesin faks, modem, pengimbas dan pemain CD-ROM boleh dikongsi oleh ramai pengguna.

  • Berkongsi akses internet- Pengguna boleh mengakses internet secara serentak dalam rangkaian komputer.

  • Berkongsi Perisian – Dalam rangkaian, semua perisian boleh dipasang di dalam sebuah komputer yang dipanggil server. Ini menjimatkan masa, tenaga dan kos.

  • Mel Elektronik- Membolehkan pengguna menghantar e-mel dari satu pengguna kepada pengguna yang lain.

  • Memindahkan fail – Rangkaian boleh memudahkan pemindahan fail dari satu komputer ke komputer yang lain.



RANGKAIAN WAYAR DAN TANPA WAYAR

Medium rangkaian wayar dan tanpa wayar




Apakah pendapat anda apabila melihat video diatas?

Rangkaian berwayar.

Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) Rangkaian kawasan setempat (local area network-LAN)
adalah kumpulan komputer dan peranti rangkaian yang disambung bersama-sama biasanya di bangunan yang sama seperti; seperti rumah, pejabat . Bentuk LAN yang paling mudah adalah dua buah komputer berhubung menerusi wayar.
Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network – LAN)
Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network – LAN)


Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network-WAN). 

Ia merupakan rangkaian komputer jarak jauh dan teknologi yang biasanya digunakan untuk menyambungkan komputer yang berada pada lokasi yang berbeza seperti (negeri, negara & benua). WAN disambungkan melalui sistem telefon atau satelit. WAN yang paling besar dan terkenal ialah Internet.

Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network-WAN).
Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network-WAN). 
Rangkaian tanpa wayar


Rangkaian wayar dan tanpa wayar
Logo Wi-Fi
Wi-Fi (wireless fidelity) adalah satu set standard yang merujuk kepada Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar yang menggunakan spesifikasi IEEE 802,11.

Kelebihan menggunakan Wi-Fi adalah seperti berikut:

  • Mudah: Anda boleh menyambungkan komputer di rumah atau sekolah tanpa wayar. Komputer yang disambungkan ke rangkaian boleh berada sehingga 30 meter.
  • Kos: Rangkaian Tanpa Wayar mudah untuk dipasang dan tidak mahal.

Rangkaian tanpa wayar ialah perpindahan maklumat antara satu titik ke titik yang lain yang tidak berhubung secara fizikal. Ia juga dalam jarak yang dekat, seperti beberapa meter atau jarak yang sangat jauh.

Penggunaan Wi-Fi adalah merujuk kepada sistem rangkaian pautan tanpa wayar yang menggunakan hubungan jalur lebar(broadband), titik capaian (access point) dan kad Wi-Fi yang diinstal di dalam komputer bagi membolehkan pengguna berkongsi fail dan pencetak serta melayari internet sama seperti rangkaian LAN biasa.



Sunday, October 26, 2014

PENGKOMPUTERAN AWAN (CLOUD COMPUTING)

PENGKOMPUTERAN AWAN  (CLOUD COMPUTING)