Mengenal Rangkaian Komputer
1. Definisi rangkaian
Rangkaian komputer terdiri daripada dua atau lebih komputer yang dihubungkan untuk berkongsi sumber (seperti pencetak dan CD-ROM), berkongsi fail, dan membenarkan komunikasi secara elektronik. Komputer dalam rangkaian boleh dihubungkan melalui kabel, talian
telefon, gelombang radio, satelit, bluetooth dan cahaya inframerah.
2. Kebaikan menggunakan rangkaian
- Berkongsi fail - perkongsian fail dalam rangkaian komputer memberikan kita lebih banyak manfaat dan kebaikan . Kita boleh menggunakan rangkaian untuk berkongsi salinan data penting kita pada komputer yang berbeza, contoh berkongsi gambar, fail muzik dan dokumen.
- Berkongsi peranti – Di dalam rangkaian komputer peranti seperti pencetak laser, mesin faks, modem, pengimbas dan pemain CD-ROM boleh dikongsi oleh ramai pengguna.
- Berkongsi akses internet- Pengguna boleh mengakses internet secara serentak dalam rangkaian komputer.
- Berkongsi Perisian – Dalam rangkaian, semua perisian boleh dipasang di dalam sebuah komputer yang dipanggil server. Ini menjimatkan masa, tenaga dan kos.
- Mel Elektronik- Membolehkan pengguna menghantar e-mel dari satu pengguna kepada pengguna yang lain.
- Memindahkan fail – Rangkaian boleh memudahkan pemindahan fail dari satu komputer ke komputer yang lain.
0 comments:
Post a Comment