Monday, October 27, 2014

RANGKAIAN WAYAR DAN TANPA WAYAR

Medium rangkaian wayar dan tanpa wayar




Apakah pendapat anda apabila melihat video diatas?

Rangkaian berwayar.

Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) Rangkaian kawasan setempat (local area network-LAN)
adalah kumpulan komputer dan peranti rangkaian yang disambung bersama-sama biasanya di bangunan yang sama seperti; seperti rumah, pejabat . Bentuk LAN yang paling mudah adalah dua buah komputer berhubung menerusi wayar.
Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network – LAN)
Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network – LAN)


Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network-WAN). 

Ia merupakan rangkaian komputer jarak jauh dan teknologi yang biasanya digunakan untuk menyambungkan komputer yang berada pada lokasi yang berbeza seperti (negeri, negara & benua). WAN disambungkan melalui sistem telefon atau satelit. WAN yang paling besar dan terkenal ialah Internet.

Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network-WAN).
Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network-WAN). 
Rangkaian tanpa wayar


Rangkaian wayar dan tanpa wayar
Logo Wi-Fi
Wi-Fi (wireless fidelity) adalah satu set standard yang merujuk kepada Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar yang menggunakan spesifikasi IEEE 802,11.

Kelebihan menggunakan Wi-Fi adalah seperti berikut:

  • Mudah: Anda boleh menyambungkan komputer di rumah atau sekolah tanpa wayar. Komputer yang disambungkan ke rangkaian boleh berada sehingga 30 meter.
  • Kos: Rangkaian Tanpa Wayar mudah untuk dipasang dan tidak mahal.

Rangkaian tanpa wayar ialah perpindahan maklumat antara satu titik ke titik yang lain yang tidak berhubung secara fizikal. Ia juga dalam jarak yang dekat, seperti beberapa meter atau jarak yang sangat jauh.

Penggunaan Wi-Fi adalah merujuk kepada sistem rangkaian pautan tanpa wayar yang menggunakan hubungan jalur lebar(broadband), titik capaian (access point) dan kad Wi-Fi yang diinstal di dalam komputer bagi membolehkan pengguna berkongsi fail dan pencetak serta melayari internet sama seperti rangkaian LAN biasa.



3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. apakah perbezaan antara rangkaian berwayar dengan rangkaian tanpa wayar

    ReplyDelete
  3. kenapa tak kasi copy, kalau tak lagi memudahkan pelajar university buat kerja.

    ReplyDelete